Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 31 Oktober 2014

Adora Cafe- Cendana 7




Prang... prak...

Zarif gosok-gosok dadanya yang rasa tak tenang bila gelas-gelasnya satu persatu pecah, ditolak jatuh dari meja, oleh Dana.  Sebelum ini, Dana tak pernah buat begini , walaupun Dana cerewet dan hot tempered, tapi dia tidak pernah lepaskan marah pada barang-barang di sini. Adakah ini ributnya?

Fai pula satu hari ini sibuk ke hulur ke hilir, keluar masuk dapur, membawa order yang Dana tukar-tukar.  Tiada satu yang memuaskan hati Dana. Kali ini lebih teruk dari kebiasaannya. Tapi.. yang peliknya, Fai tidak melenting, merungut ataupun membuat muka, dia layankan sahaja Dana, tanpa rasa letih.  Zarif perasan, Im dan Ary juga perasan perubahan itu.

“ Ni airnya..”
Fai letak segelas air juice di depan Dana.
“ Hemm....”

Dengan jari telunjuk, Dana tolak gelas itu jatuh dari tepi meja. Fai sambut sebelum sempat ia terhempas ke lantai  dan Zarif yang memerhati, terus memanjatkan kesyukuran bila gelas itu tidak pecah.
“ I nak minuman yang lain.. “ kata Dana
“ baiklah...”

Fai akur.


  Untuk sementara, sampai awak rasa better,  saya boleh  mendengar semuanya or.. kemarahan awak.. apa-apa sahaja.  Since I'm the only one can see how you are not a doll..

Fai terfikir silapkah dia berjanji begitu.  Hari itu, bila dia lihat wajah Dana yang monyok cam tempe tu, dia kelam kabut dan terus cakap begitu, tanpa fikir sedalam-dalamnya. Fai curi pandang pada Dana yang sedang membaca majalah dengan bibir yang tersenyum, keceriaan itu, tidak pernah dia lihat di wajahnya. Fai sengih sangat gembira, yakin yang dia buat benda yang betul. 


~~~~~

Fai tarik nafas lega. Setelah habis satu hari yang havoc ni, dia akhirnya dapat pulang dengan tenang. Hari ini Zarif tutup kafe lebih awal dari biasa, Pukul 5petang dah siap kemas-kemas, sebaik sahaja Dana pergi. Mungkin sebab dia tak sanggup lagi lihat kemusnahan harta bendanya,rasa macam nak kena serangan jantung. Walaupun Dana ganti balik, tapi Zarif yang memang jenis dramatic tu, rasa sangat down, dan trauma, siap lemah seluruh badan dan terus rasa tak sihat.Bos,. bos,,, 

Fai menunggu dengan sabar di luar tandas awam wanita.. Sambil-sambil itu, dia memandang ke kaki langit yang semakin tebal dengan awan gelap, tanda-tanda nak hujan.  Agak-agaknya sempat tak dia naik bas pukul 6.30 nanti?

Beberapa orang wanita yang keluar dari tandas, setiap kali melihat Fai, pasti tersenyum sipu-sipu, mencuri-curi pandang dan boring-boring Fai layankan sahaja. Sempat juga dia cuci mata dan kenyit-kenyit mata pada mereka, menghiburkan hati yang boring menunggu. Fai lihat jam di tangan, sudah hampir setengah jam dia di luar ni, apa yang Dana buat agaknya di dalam tu?

Sebentar tadi, sewaktu dia ingin balik, dia bertembung dengan Dana yang rupa-rupanya sedang menunggu dia habis bekerja. Kemudian, Dana memberitahu yang dia ingin buat sesuatu yang tidak pernah dia buat selama ini, iaitu berpakaian seperti orang biasa, sempoi dan selesa seperti yang lain-lain. Kemudian keluar berjalan-jalan tanpa sesiapa mengenalinya. Dia mahu Fai menemaninya.

Fai ketawa dan Dana bila lihat Dana mencebik marah, dia hentikan tawanya.  Dana serius, dan benda ini penting bagi Dana, dia tiada hak untuk perlekehkan nya.


“ Tapi, bagaimana kalau I nampak lain..”
“ Lain camne tu?”
“ Lainlah!.emm.. .. you know..” 

Dana menguis-nguis tanah dengan hujung kakinya, macam anak kecil. Fai mengerti. Dana tidak yakin lagi dengan diri sendiri. Bagaimana Dana ingin bebas, keluar dari hidup yang telah diatur dari dulu lagi? Fai faham. Selagi Dana khuatir tentang perspektif orang terhadapnya, anak patung ini tidak akan bebas kan? Sebab tu dia akan berada di sisi Dana, kerana dia faham bagaimana rasanya menjadi anak patung. Menjadi hartawan bukan satu perkara mudah, lebih-lebih lagi jika dari kecil hidup sudah di aturkan.   Kira keputusan Dana untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah dia berani, adalah satu langkah besar, bukan? 

“ Jangan risau, walaupun satu dunia ni kata awak buruk, tapi saya akan kata awak cantik.. ..You are beautiful for being you.. don’t worry.. “  Fai memberi jaminan.

“Ceeehhhhhhhhhhh....” panjang rungut Dana, 

Namun jaminan Fai itu buatkan Dana lebih yakin untuk buat langkah pertama ini, iaitu menjadi dirinya yang sebenar dan tunjukkan kepada semua.  Kenapalah Fai tahu sahaja apa  nak cakap padanya..Dia sentiasa tertanya-tanya tentang itu. 

Itu kisah 20 minit lalu, dan sehingga sekarang Dana belum keluar dari tandas,  mungkinkah sedang ragu-ragu dan berbelah bahagi antara mahu dan tidak mahu, takut dan berani? Jam di tangan sudah menganjak ke pukul 6.30 petang.

“ Fai..”

Dana akhirnya keluar dan cepat-cepat menghampiri Fai.. dia memakai sweater hood yang 2x ganda besar dari tubuhnya yang kecil itu, sneaker putih ,seluar jeans dan tanpa make up.

“ Are you sure you remove everything ?’ Fai merenung Dana.
“ Yeah, why?”

Fai senyap.. dia tidak mahu percaya, tetapi ini yang dilihatnya. Wajah Dana masih sama, tidak berubah, malah lebih cantik dari pakai makeup. Fai expect yang mata Dana kecil ke..kulit jerawat ke, tapi Dana flawless. Wajahnya kekal sama, malah lebih cantik dari pakai makeup. Matanya bulat dan besar seperti rusa, bibirnya  kelihatan merah mungil, kulitnya  pula putih seperti kaca porcelain dan pipinya kemerah-merahan seperti dicubit-cubit,.. Dana, dia memang kelihatan seperti sebuah anak patung.

“ Fai, kenapa?” tanya Dana bila Fai hanya senyap merenungnya.
“ Nothing..”

Serta-merta hujan lebat turun tanpa sebarang tanda rintik-rintik. Kedua-dua mereka terkejut dan  bergegas ke hentian bas yang paling dekat.  Di situ, tiada sesiapa kecuali mereka berdua. Fai tengok jam tangan sudah lepas pukul 6.30, jadi mereka terpaksa menanti bas pukul 7.15petang.  Hujan semakin lebat.

“ Hey Fai.. what should I do?’
“ Huh?”
I don’t think i know what I actually want..”

Mereka merenung hujan yang semakin lebat. Bunyi bumbung perhentian bas ditimpa hujan menjadi music menemani mereka. 

“ Do I really want to be free?  Do I  really want these choices?” kata Dana perlahan. Dia meletakkan kepalanya ke lutut, sugul, tidak pasti.

“ Bagi saya, setiap kali hujan, masa berhenti." 

Dana pandang Fai, pelik. Apa maksud Fai? Ni takde kena mengena dengan kegelisahannya. 

"Sebabnya, waktu hujanlah, jika sesibuk mana pun seseorang itu, tiada apa-apa yang boleh dia lakukan, kecuali menunggu hujan reda, semua aktiviti terhenti sebentar saat ini.. semuanya.. Bukankah seolah-olah masa terhenti saat ini kan? " jelas Fai. 

Mereka merenung dedaun pokok yang bergegar dan bergoyang-goyang ditimpa air hujan, kemudian titisan hujan itu jatuh ke tanah, dengan bunyi hujan yang menenangkan. Jalan yang sentiasa penuh dengan orang, lenggang. Yang sedang berjalan untuk menuju ke destinasi masing-masing,yang sedang bermain di padang, yang sedang dalam perjalanan balik, semuanya berhenti berteduh..

" Waktu ini, hanya waktu ini... satu suara akan kita dengar..  " 

Fai memejam matanya. Tangan dijulur keluar membiarkan ia basah dengan hujan.

“ Kalau awak diam dan dengar betul-betul, selain hujan, awak juga akan dapat dengar bisikannya."

Fai membuka matanya dan menatap wajah Dana. 

Dana sedang memejam matanya turut mendengar bunyi hujan.  Kemudian perlahan-lahan Dana mendengar degupan jantungnya.. kemudian, dia mendengar bisikan itu.. suara hatinya.

" Aku di sini!"

Dana sedar kebebasan ini  dan ketenangan ini yang dia dambakan . Suara dirinya yang sebenarnya, yang terkunci di sini.. Dia tidak mahu hidup dalam kerisauan dan khuatir tentang apa yang patut dan tidak patut dia lakukan. Dia mahu keluar dan tunjukkan dirinya.. .perlahan-lahan Dana tersenyum. Wajahnya kelihatan damai. Kenapa dia rasa bebas saat ini? 

" Saya tak tahu apa yang perlu awak lakukan dan betulkah pilihan-pilihan ini?.. tapi saya tahu apa yang hati awak inginkan.. " bisik hati Fai. 

Fai senyum. Di hatinya, terasa sesuatu.






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'