Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 3 November 2014

Adora Cafe- Cendana 8





“ Saya akan berkahwin”
“ emm.... “

Fai sedang menunggu bas, Mereka berada di perhentian bas, dan Fai dari tiang yang disediakan untuk duduk, dia berrdiri sambil meninjau-ninjau kelibat bas. Di mulutnya, terkulum satu gula-gula lollipop perisa anggur.

“ Sabtu ni mereka akan datang dan bincang hal perkahwinan saya.”


Fai tahu , Dana sudah ceritakan semuanya; tentang perkahwinan yang sedang diatur mamanya . Tak sangka hari itu sudah tiba. Sebulan memang satu masa yang singkat bukan? 

“Selepas itu, kita takkan berjumpa lagi.”
“ emm..”

Fai masih mengulum gula-gulanya. Dia mendengar, tetapi tiada reaksi.  Matanya hanya perhatikan jalan raya yang masih tiada kelibat bas yang ditunggunya.

“ Awak taknak cakap apa-apa kah?’

Fai mengeluarkan lollipop dari mulutnya. Dia memandang Dana.

“ Take Care..” kata Fai sambil tersenyum, gembira.

Dana diam, merenung wajah Fai.

“ You too.” Katanya perlahan.

Dari jauh, bas yang Fai tunggu semakin menghampiri. 

Dan mereka berpisah di sini. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



“ Take Care.”

Dana  marah dan dia berjalan ke keretanya dengan perasaan itu. Apa yang dia expect dari lelaki yang baru dikenalinya sebulan je!!

Lelaki  ini hanya dijadi tempat melepaskan marah, benci dan ketidakpuasan hatinya pada semua benda.. Lelaki ini hanya jadi tempat merungut, mengadu dan mengamuk.. 

Jadi apa yang dia expect? Dari lelaki yang sentiasa mendengar luahannya,  menemaninya , memberinya kekuatan dan kesedaran tentang siapa dirinya. Fyang pertama yang melihatnya dan menilainya  sebagai dirinya, bukan Dana, anak Dato’ Yakob. Apa yang dia harapkan dari Fai?


Hubungan mereka , bukan kawan, bukan musuh juga. Memang mereka berkongsi pendapat, bertukar fikiran, bergelak tawa bersama, bergaduh dan bertengkar, tetapi hanya itu sahaja.  Dana Cuma gunakan Fai  untuk menemaninya yang sunyi dalam kehidupannya teraturnya ini dan Fai Cuma membenarkan kerana janjinya pada Dana. Itu sahaja.

Tetapi dia tidak dapat hentikan hatinya dari mengharapkan sesuatu dari Fai. 

Menghentikannya, menghalangnya, marah... atau apa-apa sahaja yang menunjukkan Fai juga tidak suka akan perkahwinan , Fai juga tidak suka bila mereka tidak dapat berjumpa lagi, Fai juga sedih seperti mana dia rasakan... Fai juga tidak mahu berpisah seperti mana dia tidak mahu berpisah dengan Fai.  Dia... akan ikut apa sahaja yang Fai cakapkan, jadi Fai, cakaplah sesuatu... sesuatu..agar dia tahu siapa dirinya pada Fai kerana baginya, Fai adalah..

 “ Take Care.”

Sepatutnya dia tidak harapkan apa-apa...

Dana masuk ke dalam kereta.  Wajah Fai yang tersenyum tadi, kembali di fikirannya. Memang Fai sentiasa ceria, tidak pernah dia lihat Fai bersedih, atau ambil hati, atau bermasam muka, atau apa-apa sahaja yang down.  Memang itu sikapnya.

Dana terasa sayu, memikirkan dia takkan dapat lihat senyuman dan keceriaan Fai lagi dalam hidupnya.  Tidak akan dapat berjumpa lagi dengan Fai. Kenapa perkara itu lebih sedih dari

“ take care.” Kata Fai sambil tersenyum gembira.

“ Sekurang-kurangnya, tunjuklah  sikit sedih pada perpisahan ini... “ rungut Dana. 

Dia menghidupkan enjin kereta, dan memandu pergi.

~~~~~~~

“Selepas itu, kita takkan berjumpa lagi.”


Ulang-ulang ayat itu dan wajah Dana yang sugul di mindanya, semakin lama semakin sakit.  Pedihnya bila dia mendengar kenyataan itu. Hatinya memujuk yang dia akan mudah melupaknnya, betul itu..Tapi kenapa dia benci dirinya yang cuba melupakan Dana. Fai membuang lollipop yang  terasa pahit.


“ Awak taknak cakap apa-apa kah?’


Dia ingin cakap semuanya, ingin menjerit, ingin marah, ingin mengamuk dengan kenyataan yang Dana akan berkahwin dan pergi dari hidupnya selepas ini. Dia tidak mahu Dana pergi..Tetapi dia tidak  berhak untuk bersuara dan bertindak begitu, hubungan mereka bukannya apa-apa, hanya kenalan selama sebulan. Dia bukannya sesiapa bagi Dana, cuma lelaki yang berada di sisinya sebagai pengota janji, itu sahaja..Itu sahaja!Walaupun dia ingin cakap sesuatu.. sesuatu agar Dana tahu, yang Dana adalah...
   
“ Jangan risau, kau akan OK.”.   
hatinya memujuk lalu dia ucapkan sesuatu yang dia tidak maksudkan , dengan senyuman.  Saat perpisahan ini, dia jadi bodoh bila menyuruh Dana pergi dan memaksa diri menelan perasaannya lalu hatinya bertambah perit .Semakin dia cuba jadi kuat, semakin perit hati ini!

Walaupun dia tersenyum, tapi kali ini,


“ Jangan risau, I’m Okey..
                                    I’m not okay.. not okay.” Bisik hatinya.

Fai perhatikan kereta Dana yang memecut pergi kemudian Fai beredar tanpa menaiki bas yang berhenti untuknya. 





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'