Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 30 Oktober 2014

Adora Cafe- Cendana 6





Zarif terasa yang sejak-sejak akhir ini suasana Kafe Adora tenang dan aman damai. Sebelum ini dia anggap yang lepas kejadian Fai dan Dana tempoh hari , satu 'perang' akan meletus antara mereka dan Kafe Adora akan jadi medannya, tetapi masih belum ada tanda-tanda ribut akan melanda.  Gundah gulana pula hati Zarif  ini. Inikah dikatakan suasana tenang sebelum ribut taufan halilintar?? !!

Dia harus berwaspada. =;=;;

Zarif perhatikan Fai yang sedang bergurau senda dengan dua orang customer perempuan. Fai yang periang dan ringan mulut itu, memang selalu dilihatnya  mudah bergaul mesra dengan sesiapapun, terutama golongan perempuan. Senyuman dia yang manis dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipi, mata yang sentiasa riang dan ceria, paras rupanya yang kacak, tinggi dan dengan personalitinya, Boleh dikatakan lengkap segala pakej.. Sebabkan itu, Zarif tidak teragak-agak untuk mengambilnya bekerja.

Zarif masih ingat 2 tahun lalu, dia baru sahaja buka Kafe Adora dan masih tercari-cari konsep untuk Kafe ini dan pekerja. Hari itu Fai tiba-tiba muncul di depan Kafe Adora, meninjau-ninjau dan bila ditegurnya.


“ Bang, betul ke abang provide tempat tinggal jika bekerja di sini?” tanyanya ceria. 

Imej hari itu takkan Zarif lupakan sampai bila-bila. Fai yang berdiri di depannya, dengan tshirt kusam dan jeans yang koyak, bersama satu beg kecil digalas di bahu, rambut yang sedikit kusut, namun yang menariknya, Zarif lihat senyuman Fai terukir di wajah tanpa sebarang kekusutan. dan pandangan matanya begitu bersemangat tanpa terikat dengan kesusahannya. Zarif terus terpaut dengan personaliti Fai, dan hari itu dia yakin dia takkan salah memilih konsep Kafe Adora.

Fai adalah pekerja pertamanya, dia rajin dan bersemangat, serta ceria. customer sangat suka dengan kehadiran Fai .Kemudian Im dan Ary melengkapkan segalanya. Kafe Adora terus memanjat populariti. Kafe yang diterajui oleh lelaki yang kacak-kacak dan mesra, serta desert yang unik cantik dan sedap.


Fai menghampirinya selepas habis berborak. Kotak kek di atas meja kaunter diambilnya.

“ Deliver ke mana ni boss?” 
Zarif terganggu lamunannya.

“ Alamat ini.." Zarif hulurkan kertas pada Fai.
" Hati-hati ok, sekarang musim hujan.”  Pesan Zarif sebelum Fai keluar.  

Kadang-kadang Kafe Adora menerima tempahan untuk dihantar ke rumah pelanggan.  Fai dan Ary bergilir-gilir menjadi delivery boy itu.

`````````````

Sebaik sahaja Fai hantar order dan keluar dari apartment  5 tingkat itu, dia rasa tak sedap hati. Handphone dikeluarkan dari kocek seluar tetapi tiada message yang mencurigakan.

“ Mungkin perasaan sahaja.” Bisik hati kecilnya. 

Fai mengatur jalan untuk pulang ke Kafe Adora tapi belum sempat dia jalan jauh, dia terlihat kelibat dua lelaki berpakaian serba hitam, bercermin mata, sedang meninjau-ninjau dan mencari-cari, dari jalan utama. Jalan yang dia perlu lalui untuk pulang ke Kafe Adora.

Pantas, Fai melencong ke lorong yang lain. Lorong kecil dan jalan rahsia yang hanya dia seorang tahu. Walaupun ia jauh, kurang orang dan makan masa untuk sampai ke kafe, tapi ini lebih baik dari dia menghadap mereka dan terlibat dalam adegan kejar mengejar, lagi sekali. Tapi di situ, dia terserempak dengan Dana yang senyap-senyap mengekorinya, tanpa dia sedari.

“ Ingat I lagi?”  Dana menghalang jalan Fai.
“ Emm... this is bad...”

Wajah Fai jadi risau.

“ Why.?. are you so afraid to face me?’
“ Seriously... this is so.. bad..”

Dana perasan yang Fai tidak memandangnya, sebaliknya sedang memandang apa yang berada di belakangnya.  Dua ekor anjing rottweiller sedang menghampiri mereka berdua dari belakang Dana, sedia untuk menyerang.  

Fai capai tangan Dana, ditariknya dan mereka berdua melarikan diri dengan anjing  itu menyalak dan mengejar mereka.

Dana rasakan genggaman tangan Fai yang kemas dan takkan melepaskannya.

Sesuatu terasa di hatinya.


``````````````

.. hah... hah... hah..

Ambil nyawa, ambil nafas, itu yang mereka berdua sedang rasakan. Kedua-dua mereka akhirnya dapat melarikan diri dengan selamat dari genggaman anjing-anjing sesat itu.

Hahh.....  kenapa you bad luck sangat??. Why everytime.. hah...  i met you, you always in the run?hah... hah... hah...” rungut Dana mencungap-cungap keletihan.

“ Who ask you to meet me.. hah.. hh...” balas Fai, tercungap-cungap juga.

“ I don’t want to meet you lah!” Dana melenting.
“ Then? Apa awak buat kat lorong tu?“
“ Ikut youlah!”

Dana tutup mulut dengan kedua belah tangan, menyedari dia terlepas cakap.  Cis, kepenatan dan kekecohan ni buatkan dia tak berfikir dengan bijaksana sebelum berkata-kata.   

“ Apa yang awak nak dari saya?” soal Fai bila tahu Dana mencarinya.
“ Nothing!”
“Em... okey.”  

Jawab Fai acuh tak acuh, tidak berminat lagi untuk tahu. Dia taknak buang masa bersama dengan Dana, buat sakit hati jer lama-lama di sini dengan perempuan ini. Setelah nafasnya tenang, dia berjalan hendak beredar. 

“ Apa maksud you cakap camtu hari tu?!”  

Fai berhenti. Dipandangnya Dana.

“ Yang mana satu?, banyak yang saya cakapkan hari itu..”

Fai tatap Dana yang air mukanya sudah mencebik marah dengan sikap Fai yang acuh tak acuh melayannya. Fai teringat sesuatu.

“ Oh!.. ituuuu.. anggap sahaja saya tak pernah cakap apa-apa.. hokey?.” Sambung Fai.
“ Nanti! You tak boleh pergi camtu jer! “
“ Kenapa? “
“ Sejak you cakap begitu, I don’t feel like myself.. why did you say like that? What do you know about me?”

“ Em... takde apa-apa..I know nothing about you."

Dana renung Fai dan jelas Fai tidak menipunya. 

" Emm..  Apa yang saya cakapkan hari itu sebenarnya tiada apa-apa, tapi jika perkara itu mengganggu awak, jadi bermaksud,  awak telah sedar sesuatu dari kata-kata saya hari itu... Hanya awak yang tahu apa maksudnya. Kenapa tidak awak tanya diri awak sendiri, apa masalahnya tentang kata-kata saya?  “

Dana benci, setiap kali mulut itu bersuara, kenapa kata-kata nya begitu tajam dan tepat? Seolah-olah, lelaki ini dapat melihat apa yang cuba disembunyikan di hatinya. Siapa dirinya.. 

“ Apanya yang I sedar?”

Fai diam. Rupanya Dana masih keliru akan hakikatnya yang dirinya sudah mulai sedar, apa yang dia sebenarnya mahukan.. Fai perasan, ia nya pasti sukar bagi Dana yang hidupnya, umpama patung.. 

“ Awak sunyi bukan?”
“ Huh..??.”

Dana lihat Fai merenungnya. . Bukan simpati, bukan kasihan,, tetapi pandangan matanya seolah-olah, dia mengerti tentang hidupnya.. sepenuhnya. 

“ Sunyi berada dalam kehidupan ini, lengkap tetapi terikat, bahagia tapi sepi,  kemudian satu hari,  tersedar yang seolah-olah aturan hidup kita telah ditentukan.. dan buatkan kita tertanya-tanya.. Adakah kita ada pilihan?  Bolehkah kita buat pilihan?  Tetapi dalam masa sama, kita takut pada pilihan-pilihan yang tiba-tiba muncul.. sebabnya?, kita tidak pernah ada kebebasan untuk memilih dan mungkin kehilangan segalanya...Mungkin,, awak terfikir seperti itu.."

Dana lihat Fai yang senyum padanya. 

“ How did you know ,.... ”

“ Semua orang boleh lihat itu, jika mereka perhatikan dengan teliti, mereka akan lihat di sebalik patung cendana itu kan?"

Dana diam. merenung tanah, berfikir.. dan berfikir...apa patut dia lakukan sekarang ini, bila dia rasa seperti itu? Dan dia tidak boleh buat apa-apa tentangnya? 

“Fuuh... If you still blur, saya berikan awak satu tips..Just ask this, are you happy, truly happy? ”

Fai masih tersenyum. Bukan menyindirnya, bukan merendahkannya, tetapi senyum yang ikhlas, memujuk hatinya, menolongnya untuk menenangkan kabut di hatinya. Lelaki yang tidak dia kenali ini, seolah-olah tidak mahu dia kusut, di hati, ataupun di fikiran.. 

“ I am! I am happy! I have everything!” jerit Dana.  
Namun semakin kuat suaranya, semakin dia sedar yang dia hanya menipu diri sendiri.

“ Then, if you happy,  can you stop being mad at the world, at everyone, can you ?”“

“ If I stop, who will see me? it will ...   ”

“ It will be so suffocated,  when you can’t even mad and get angry right?’’ potong Fai, memahami.  

Tanpa perlu Dana ucap apa, Fai memahami.  Dana  membisu dengan wajah sugul. ., Fai kabut, apa yang perlu dia cakapkan, dia tak suka bila seseorang sedih di sisinya. 

“  Untuk sementara, sampai awak rasa better,  saya boleh  mendengar semuanya or.. kemarahan awak.. apa-apa sahaja.  Since I'm the only one can see how you are not a doll.. “ 

Dana berpaling dari Fai.  Damn it!  ! Kenapa... kata-kata itu mententeramkan nya? Dia tidak pernah rasa seperti ini.. Rasa seperti seseorang melihatnya sebagai dirinya, bukan Dana anak Dato, model, ataupun anak patung..  !

Dana kesat air matanya yang bertakung. 

“ Don’t think this can make I forgive you..” Kata Dana, 

Dana sendirian tersenyum dan terus meninggalkan Fai.

 Fai sengih.

“ Ok”








' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'