Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 28 November 2014

Obsesi Cinta 3




Kenapa aku biarkan dia? Aku bukan begini.. sebelum ini. Kali pertama aku mengetahui diriku di minatinya aku rasa biasa, Perkara biasa. Tetapi bila dia mengekori ku setiap hari, ke mana-mana sahaja, aku jadi rimas tetapi masih lagi biasa. Kemudian dia mula muncul di rumahku, di rumah saudaraku, kawan-kawanku.. aku mulai getar dan risau bila melihat barang-barang peribadiku seolah-olah disentuh , dialihkan, mulai aku was-was untuk membenarkan dia terus berada di sisiku.. ..  ..

dan satu malam dia muncul di dalam rumahku.. .sedang menyediakan makan malam untuk ku..

" Apa kau buat kat sini? camne kau boleh masuk?!" marahku. 
Dia senyum.

" Sediakan makan malam untuk awak... awak suka homemade hamburgar kan? Saya telah buatkan .. mari.. mari.." 

Dia meletakkan hamburgar yang dibuatnya ke atas meja.  Memang ia kegemaranku, dan aku tidak pernah beritahu sesiapa tentangnya. Dan dia mengetahuinya.. bagaimana?

" Camne kau masuk?!"

" Saya buat kunci duplicate.. " 

Aku rampas kunci dari tangannya. 

" Keluar! Jangan ikut aku lagi! ! Gila!"

" Saya sukakan awak.!.. " Dia memeluk ku. Aku tolak dia hingga terjatuh

" Keluar! "

Dia bangun dan terus memeluk ku lagi,

" Saya cintakan awak!"

Aku cuba menolaknya tetapi dia memaut kuat, tidak mahu melepaskanku. sambil menjerit-jerit, dia kata dia mencintaiku.. ulang-ulang! Kuat-kuat.. dan pautannya semakin kuat dan kukunya yang tajam semakin mencucuk kulit badanku.. 

Aku tolak dia sekuat boleh dan dia akhirnya terjatuh dengan kepala terhentak ke bucu meja. Aku tidak sengaja dan bila melihat banyak darah yang mengalir, aku bergegas mendekatinya.

" Awak tak apa-apa?"

Dia mendongak  dan dengan senyum melebar dan wajah yang berlumuran darah..

" Aku akan mencintai kau, hingga kau membenciku.." katanya 

Aku tergamam.

"Gi... gila.!" 


Dia sengih.

~~~~~~~~~~

Aku dan Jo berpisah di tengah jalan.

"Hati-hati ok." pesannya sebelum beredar mengikut lorong ke arah rumahnya yang bertentangan dengan arah apartment ku.

Aku mengerti apa yang dia maksudkan. Aku pandang budak perempuan yang mengekori dari tadi. Hari sudah lewat, dan dia tidak pernah meninggalkan aku walau sedetik.. aku tidak tahu bila dia tidur, bila dia makan, bila dia balik ke rumahnya? Yang aku tahu, setiap pandanganku ada dia. 

Aku hentikan langkahku. Dia juga berhenti. Aku berfikir sejenak, dan dia memerhatikanku.. Aku berpaling kepadanya dan dia tersengih. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Dia mengigit kuku jarinya, menahan kegembiraannya.. 

Aku renung wajahnya. Mata itu bercahaya membalas renunganku. Parut di lehernya, aku tatap, dia seakan tahu, sengaja membenarkan mataku liar meratah segenap wajah dan tubuhnya.

" Benci!" rungut ku..

~~~~~~~~~~~~~~~


Aku bangun dari tidur yang lena. Hari ahad, tiada kelas dan tiada aktiviti yang diatur untuk hari ini.  Sebaik tubuhku rasa segar, aku bangun dan pergi ke dapur, mengambil keluar susu kotak dari peti ais yang tinggal separuh. Tanpa menuang ke dalam gelas, aku teguk terus dari kotak, berfikir sambil merenung sarapan pagi yang disediakan dia secara curi-curi. 

" Ini caranya menunjukkan cintanya padaku..."  fikirku..

Ia tidak normal!. Dia tidak normal! Cintanya gila!  , Itu yang membentak di fikiranku setiap kali melihat sarapan ini.... dahulu.. 

Air kotak yang kosong aku buang ke dalam tong sampah. Aku pergi ke bilik air, membasuh muka dan mengosok gigi, sambil mataku perasan ada cahaya merah dari kamera tersembunyi di balik cermin bilik air.  Aku abaikan dan terus mandi seperti biasa. Sebaik semuanya selesai, sambil mengeringkan rambutku, aku pergi ke cermin itu, mengeluarkan kamera yang tersembunyi itu. 

" Selamat pagi..." ucapku pada kamera itu,

dan .. pada semua 24 kamera tersembunyi yang aku jumpai hari ini.

" Ia tidak normal!.. ...dia tidak normal... cintanya gila!
dan aku.. juga... mulai keliru... "

Aku berbaring di atas katil merenung kipas siling yang berpusing perlahan..

' Damn..."....' bisikku.














' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'