Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 26 November 2014

Adora Cafe - Puteri Lindungan Bulan Akhir



Anak-anak buah Zack mulai dekat dan mengelilingi Zarif dan Putri. Zari tahu tiada jalan keluar bagi mereka. Mereka terperangkap di sini.

“ Romeo and Juliet, Zarif dan Putri..hahaha! ”

 Zarif tidak membalas kata-kata Zack. Tangan Putri Zarif genggam erat.

“ Jangan risau, saya akan melindungi awak..’  kata Zarif perlahan pada Putri.

Mata Zarif tidak lari dari memerhatikan setiap pergerakan Zack di depannya. Dia bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Apa yang berlaku,apa jua! dia akan dan bersedia menghalangnya. Memastikan Putri selamat. Itu sahaja. Dia tidak kisah apa yang berlaku pada dirinya.

“ Ini ke yang kau mahu Putri? Melibatkan dia?”

Putri yang berdiri di belakang Zarif mulai resah. Dia sedar kemampuan Zack.. apa yang Zack mampu lakukan terhadap mereka, terhadap Zarif. Ia bukan main-main. Dia meleraikan pegangan tangan Zarif dan hendak bergerak ke hadapan.  Biar dia sendiri berdepan dengan Zack jika dia dapat menyelamatkan Zack, itu sudah cukup. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Zarif.

“ Awak tak dengar apa yang saya cakap!” Zarif menarik tangan Putri. Mata mereka bertaut. 
“Zarif!Ini bukan benda main-main! Ini masalah saya, awak tak perlu terlibat!”
“ Saya bukan datang sini untuk bermain!”
“ Awak boleh mati disebabkan ini!”
“ Saya tak peduli!.. “

Pap!! Pipi Zarif ditampar.

‘ Saya peduli! Saya tidak mahu awak cedera.. Saya tidak mahu apa-apa berlaku pada awak. Saya tidak mahu disebabkan saya… “

“Saya pula tidak mahu awak menangis disebabkan saya…” Zarif mencium linangan air mata yang membasahi pipi Putri.

“Sebelum ini saya ada cakap saya cintakan awak.. Kali ini, saya nak awak dengar betul-betul, sekali lagi.”  Putri didakapnya.  

‘ Saya masih cintakan awak.. “

Putri terdiam. 

Setelah rasa Putri tenang di dalam dakapannya, Zarif memandang Zack.

“ Sekarang ini antara kau dan aku..”

Zack sengih saat mendengar nada suara Zarif yang tidak getar itu. Isyarat diberi pada anak buahnya untuk menyerang. Tiba-tiba kedengaran jeritan demi jeritan dan kekecohan  di kalangan anak buah Zack yang ramai itu. Satu persatu kelihatan tumbang. Zack pelik. Apa yang berlaku. Kemudian dari celah-celah mereka muncul seorang lelaki berpakaian serba hitam. 

“ Ary?” kata Zarif saat melihat Ary.

Vroooommmmm… sebuah Superbike Kawasaki R6 memecut laju lalu merempuh bulatan gangster-gengster Zack. Penunggangnya adalah Fai dan pemboncengnya adalah Im. Motor itu berhenti di depan Zarif dan Putri.

“ Fai? Im? ”
 Im turun dari motor. Satu kayu besi dipegang di tangan kirinya.

‘ Apa korang buat kat sini?” Tanya Zarif terkejut melihat kehadiran mereka bertiga.
 “ Camne korang boleh tau?” soalnya keliru. 
“ Ary.” jawab Im. 
“ Panjang ceritanya boss, tapi kami dah faham segalanya.. “ kata Fai pula.

Wajah Zarif masih keliru. Banyak benda lagi dia nak tanya. Banyak lagi persoalan…

“Aku akan jelaskan lepas semua ini selesai..” kata Im seolah-olah membaca fikiran Zarif. 

“ Kami juga hendak melindungi puteri kami..” kata Fai pula dengan bersemangat.

Di bawah cahaya bulan , mereka berempat terus menyerang.

~~~




‘ Adeh.. adeh… “ ngadu Fai. 

Ary sedang membantu membalut tubuh Fai yang cedera, Im pula sedang duduk di kaunter display sambil menuam mata kirinya yang lebam . Di antara mereka, hanya Ary seorang langsung tidak cedera. Cis.. Mereka bertiga senyap-senyap memerhatikan di satu sudut berdekatan, pada  Putri  yang sedang membalut dan mengubati luka di kepala Zarif. Balutannya kemas dan sentuhannya lembut berbanding Ary .

“ Semua ini belum berakhir.. .”
“ Emm…”
“ Zack pasti akan datang lagi..”
“ Emm..”
“ Awak tak takut ke? Kehidupan awak takkan sama lagi seperti dulu... “
“ Bagaimana dengan awak?  Kehidupan awak juga takkan sama lagi. Tidak takutkah awak untuk hidup dengan saya selepas ini?”
‘ Tak!”
“ Saya juga… “

Telefon bimbit Zarif berdering menganggu perbualan mereka. Panggilan dari ibunya… Zarif sengaja membuka loudspeaker.

“ Zarif, Umi ingat perkahwinan kamu dengan Putri tu perlu dipercepatkan… buat apa nak tangguh-tangguh.. setahun lama sangat tu.. 6 bulan boleh ? .. semua persiapan umi boleh uruskan.. bla-bla..bla-bla… bla-bla… “
‘ Umi..”
‘ Ha.. kenapa?jangan cakap kau pun nak tangguh, hari tu Putri.. ”
“Umi… Zarif cintakan Putri…  “

Umi Salimah tidak mengerti kenapa tiba-tiba Zarif bercakap begitu, tetapi di kafe Adora, Im, Fai, Ary tersengih-sengih mendengar pengakuan Zarif itu.

Zarif dan Putri pula saling berbalas senyuman, jemari mereka bertaut.. hati mereka tersentuh.. kerana ini adalah kali pertama, secara official nya, pada semua, pada dunia..  cinta mereka bukan lagi sebuah lakonan. 



End




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'