Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 29 Oktober 2014

Adora Cafe- Cendana 5




Tak guna! Tak guna! Tak guna!  Marah Dana. Dia tidak pernah marah sebegini berlanjutan. Even dah balik rumah pun hatinya masih mem bara-bara.  Tidak reda. Apa yang perlu dia lakukan untuk tenteramkan hati ini. Dia perlu buatkan lelaki itu rasa marah seperti ini juga. Benci betul bila mengingat kembali wajah lagak lelaki itu dan kata-katanya , angkuh..
Orang yang tidak punya apa-apa tu,waiter je pun , jauh berbeza status itu  boleh bercakap begitu angkuh di depannya. 

“Orang cam awak ni, saya kenal sangat.. . you are so fake..right?”

Fake! Hahahaha.. kelakar.. ketawa Dana sendirian, kemudian matanya jatuh pada imej dirinya di cermin. Wajah yang putih porcelain, bibir yang mungil merah delima, mata yang bulat seperti anak patung ,sesempurna anak patung namun  wajah ini kelihatan sedih.

Dana keluar dari biliknya, dia ingin memandu keluar pusing-pusing di bandar, menenangkan fikiran.

“ Dana, apa yang kamu pakai ni?” tegur seorang wanita yang berhias indah. 

Walaupun usianya sudah mengajak ke awal 40 an, tetapi tubuhnya montok seperti anak dara. Kulit mukanya tiada kedut, dek rawatan kosmetik yang dibuatnya. Wanita itu adalah ibu Dana, dan dia menghampiri Dana, direnung Dana yang hanya memakai tshirt dan seluar jeans.

“ Change to dress. “ katanya tidak puas hati dengan penampilan Dana.

Dana akur dan 10 minit kemudian, keluar dengan dress corak bunga yang simple tetapi masih cantik. Tetapi dirinya masih ditahan ibunya.

“ No make up, no hair done? Why?”
“ Dana nak keluar sekejap jer.. “

Dana dipimpinnya masuk ke dalam bilik. Di situ, dia mendandan rambut Dana, dan memakaikan Dana solekan.

“ Walaupun sekejap, Dana bawa imej keluarga ini. Bukankah mama dah pesan dari dulu.. imej is everything, semua orang perhatikan kita, dan satu kesilapan boleh merosakkan segalanya, semua orang tak cantik tanpa make up dan pakaian cantik.. . .. Mama tak mahu Dana kelihatan tidak sempurna. “

Dana membisu membiarkan sahaja ibunya menghiasi dirinya.

“ You have gain a bit weight..starting tomorrow, mama limitkan apa yang Dana boleh makan.” Kata ibunya sambil memicit pipi Dana yang terasa naik sikit. 

Walaupun sikit dan tidak nampak ketara, tapi dia tidak boleh ambil lewa. Ibunya mengambil dress lain dan disuruhnya Dana menukarnya. Dana turut tanpa membantah.

“ Dana, next month kita akan jumpa keluarga Dato’ Yusof, bincang pasal perkahwinan Dana dengan anak tunggal mereka.  Don't gain anymore weight and monitor your food intake, mama taknak ada jerawat naik waktu itu.. you should be PERFECT on that day, remember this!.”

Dana selak dan keluar dari balik tirai tukar baju.

“ Oh sweet heart.. you look like a doll.!.”  

Ibunya mengambil gambarnya dan terus dimuat naik dalam instagram untuk fan-fan Dana. Sekejap sahaja dia sudah dapat beratus LIKE.

“Pasal kahwin tu...” tanya Dana.
“ Hanya anak Dato Yusof sahaja, tiada orang lain faham?!” tegas ibu Dana, sebelum Dana menghabiskan kata-katanya.

“ Wear your stiletto before out.. You are too short, for god sake!” pesan ibunya sebelum keluar.

Dana merenung wajahnya di cermin solek.

“ Make up tebal, kasut tinggi, pakaian berjenama.. Semua ini tidak dapat sembunyikan keyakinan diri yang memang takde... jika terus jadi patung..


Dana membaringkan kepalanya ke atas meja.. Anak patung kotak musik di atas meja solek, berpusing dan menari-nari.




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'