Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 28 Oktober 2014

Adora Cafe- Cendana 4



Fai terpaksa berhentikan kereta setelah minyak satu bar yang kelip-kelip dari tadi itu, kini tinggal kosong. Sebolehnya dia taknak lah kereta ini berhenti  sebab dia terpaksa beri explanation pada penumpang kereta yang di’pinjam’ ini bila ini berlaku. Awalnya dia tidak kisah dan sudah bersedia untuk explain panjang lebar sume tapi mood die hilang, bila penumpang itu adalah Dana.


Dia tak perasan masa masuk kereta tadi, cuma sedar bila dia dah drive keluar dari stesen minyak itu. Ketika itu dia dah berkira nak berhenti, tetapi lelaki-lelaki yang mengejarnya masih di belakang, lalu pedal minyak ditekan dan kereta terus meluncur laju dengan hati Fai berkeceramuk berfikir yang Situasi ini is totally wrong.

Cubaan telefon polis, cubaan terjun kereta, cubaan menyerang dirinya.. semua cubaan dari Dana yang tak duduk senyap, terpaksa dihadapinya sepanjang perjalanan kereta ini. Bila tak tahan dengan perangai Dana, dia pegang tangan Dana dan tarik dana ke dadanya,  dipeluknya kuat-kuat Dana yang meronta-ronta.

“ Kalau awak tak duduk  diam , kita akan eksiden dan mati sama-sama..” ugut Fai.

Tetapi tak guna, Dana langsung tidak takut dan terus meronta-ronta , nak tak nak Fai terus memeluknya sekuat-kuatnya, drive dengan satu tangan, sambil menahan Dana.. berapa kali dia hampir terbabas, semua gara-gara Dana.

Fai keluar dari kereta yang diberhentikan di bawah pokok mengadap sungai yang berada hampir di hujung  pekan ini.  Matahari sedang memacak tinggi menandakan hari yang sudah tengahari, tetapi mereka tidak rasa panas . Sebabnya di sini,  sungai yang masih suci dari apa-apa pencemaran  dengan pokok-pokok  redang sekelilingnya  merupakan salah satu lokasi yang sentiasa berangin dan paling nyaman di pekan ini.

Fai berjalan perlahan-lahan fikirkan yang dia boleh berjalan balik ke stesen minyak berdekatan , tanpa masalah terutama bila lelaki-lelaki  yang mengejar sudah tiada lagi.

“ Hey!” panggil  Dana. Nada yang tinggi dan sombong, yang bosan didengarnya hampir setiap hari di kafe. Kenapalah hari ini , hari cuti pun dia akan dengar suara ini?!!

Fai berhenti , menoleh pada Dana yang sedang petik jari . Jari telunjuk digerakkan agar Fai berjalan ke arahnya. Fai tidak mempedulikan nya dan terus menyambung langkah kaki yang terganggu. Melihat itu, Dana mengejar Fai. 

“ Apologise on what you did!” arah Dana, separa menjerit. 

Sekali lagi langkah Fai mati, dia berpaling mendekati Dana dan dengan rendah diri, menundukkan kepalanya. 

“ Sorry... its emergency, saya pinjam sekejap kereta awak, salah saya. Saya akan jalan sampai ke stesen minyak berdekatan, dan dapatkan bantuan untuk awak dan kereta ini .  Sekali lagi saya minta maaf, susahkan awak.. ” Fai,ikhlas.


Dana memeluk tubuh memandang Fai dengan rasa tidak puas hati.

“ Itu sahaja?” sindir Dana. Kening dinaikkan tinggi.

“ Saya betul betul minta maaf.. I’m really sorry..”
“ Hehh..” Dana memperkecilkan Fai.

Fai tidak ambil hati. Dia tahu dia silap sebab terburu-buru membuat keputusan untuk lari dengan kereta yang first dia nampak di stesen tadi. Dan malangnya, kereta itu Dana yang punya. 

“ Orang macam ni pun ada.. ” kata Dana.
“ Orang macam ni?” Fai yang baru nak pergi , memandang Dana.

“ Yep, orang macam you. So miskin!  sanggup buat apa sahaja ‘kerja kotor’  demi duit. kotor, cam sampah.  That  Ahlong  is the proof of who you are right? .”

 Fai ketawa kecil. Yep, perempuan ini dan egonya.

“ Don’t talk like you know me.”

Air muka Dana berubah.  Dia ingat ayat itu, ayatnya. Wajah Fai direnungnya lama. Lelaki ini waiter di Adora Cafe!!
“ Sudah ingat bukan?” sindir Fai sedar yang Dana baru perasan.

“ Saya orang yang serve awak di Kafe Adora.. emm... sejak first day awak masuk ke Kafe Adora, oh ya, saya juga orang yang cari pasal dengan awak semalam. Remember? Huh, awak tak ingat sebab orang jenis cam awak ni, orang jenis lagak lebih. Rasa lebih bagus dari orang lain kan?”

“ Apa?!”

“ Make up tebal, kasut tinggi, pakaian berjenama.. Semua ini tidak dapat sembunyikan keyakinan diri yang memang takde... jika terus jadi patung..

“ Berani you cakap bukan-bukan !”
kali ini tinggi nada suara Dana. Fai senyum.

“ Usah berpura-pura tidak faham, reaksi wajah awak dah tunjukkan semuanya.. “

Dana getap bibir. Ayat Fai itu membuatkan dia terdiam.

“Orang cam awak ni, saya kenal sangat.. . you are so fake..right? ”

Dana tak membalas.

“Next time, YOU.. dont talk like you know me... hokey?” pesan Fai. 

Fai beredar sambil melambai tangan pada Dana yang terpaku berdiri. 


next

previous



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'