Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 5 Disember 2014

Adora Cafe -Cinta 5




Im turun dari treadmill setelah tamat lariannya. Inilah rutin setiap malam sebelum dia mandi dan masuk tidur. Dari sini, dia dapat lihat kolam renang yang airnya kelihatan bersinar-sinar kebiruan dibawah cahaya lampu. Televisyen yang terpasang sedang menyiarkan iklan model kacak yang dilihatnya di Kafe Adora semalam.

“ Huh.. lelaki ini lagi..” rungut Im sambil mengelap peluhnya. 

Walaupun dia tidak menyukainya, tetapi Im terus menontonnya dan memerhatikan model kacak yang pernah digosipkan dengan Faza itu. Bukan model ini sahaja, ada ramai lagi, artis, pelakon, penyanyi, komposer, penerbit, hampir semua yang dilihatnya di kaca televisyen pernah berhubungan dengan Faza.  Disebabkan itu, Im tidak suka menonton televisyen. Dia lebih selesa terperuk di kitchen membuat pastry dari mengetahui hal-hal luar terutama tentang dunia entertainment dan Faza yang menyakitkan hatinya. Baginya, dia taknak tahu langsung tentang semua ini. 

Kepercayaan adalah titik penting dalam sebuah percintaan, itu yang Im pegang. Dia tidak mahu hubungannya dengan Faza tergugat disebabkan rasa cemburu.

  It just work you know.. just work..”
Dahulu, Faza bukan begini.

“ Only with you I become so naughty"
Personalitinya juga bukan begitu.

Perubahan Faza itu berlaku sebaik sahaja popularitinya menjulang tinggi, bila satu demi satu anugerah dibolotnya dan job tidak putus-putus . Faza semakin sibuk dan semakin jauh darinya tetapi Im tidak mahu ambil tahu. Dia sentiasa percayakan Faza dan cinta mereka yang tersulam sejak dahulu,  jadi walau apapun.,dia sentiasa mencintai Faza, mempercayainya.. itu sudah cukup...itu sudah cinta. Im masuk ke bilik mandi.

~~

Faza tanpa segan silu bergurau senda dengan seorang ahli kumpulan ZeX-t , Cuit sana sini, cubit sana sini, sentuh sana sini..kemesraan mereka itu sedikit melampau. Sekali tengok mereka ibarat pasangan yang sedang hangat bercinta. 

Dan perbuatannya itu Im terlihat sebaik sahaja dia dan teman barunya ini, berpelukan dan keluar dari bilik persalinan. Faza tidak sangka yang Im berada di luar biliknya walaupun memang Faza yang mengajak Im untuk datang ke sini, tetapi Im sampai awal dari dijangkanya.

“ Err..You pergi dulu, nanti I follow..” kata Faza.
“ Im.. Apa yang you lihat tu it’s nothing. .We just.. friend..I just..  ” 
Faza cepat-cepat menjelaskan keadaan sebaik sahaja mereka ditinggalkan berduaan.
“ Don’t...I don’t wanna know that...” potong Im. 

Im mendekati Faza, menyerahkan sebungkus kotak kek pada Faza. Di dalamnya terdapat cupcakes kegemaran Faza, sengaja dibawanya untuk surprise kan Faza. Im senyum.

 “ Wow, my favourite! Thank you baby..!’
“ Anything dear..”
“ I love you! You know I love you right... “ Faza masih khuatir Im mencurigainya.
“ I love you more..” balas Im.

Mereka berdua bergurau manja sekejap seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku tadi.  Faza meminta diri bila dirinya dipanggil oleh temannya tadi. Hari ini dia ada shooting majalah dan temuramah bersama dengan kumpulan ZeX-t. 

Im perhatikan Faza yang kelihatan gembira dengan ahli kumpulan ZeX-t itu. Mereka berbisik dan lelaki itu tiba-tiba mencium pipi Faza . Faza pula tidak menolak sebaliknya hanya ketawa nakal. Mereka masuk ke dalam set dan Im beredar. 

Tetapi langkah Im terhenti bila di sebelah kirinya, di sebalik dinding yang terselindung, dia melihat seorang perempuan sedang kaku ,tergamam, seolah-olah melihat dan mendengar sesuatu yang mengejutkan. Mata mereka bertaut lama dan bila Im ingin mendekati, perempuan itu tiba-tiba berganjak ke belakang lalu berlari pergi.

~~~~~~
Esha berlari masuk ke dalam bilik persalinannya yang ada Shasha dan make up artisnya. Pintu dikuncinya dari dalam.
“ Kenapa kau ni?”

Esha ingin bercakap,ingin jelaskan tetapi nafasnya masih tercungap-cungap. Dia melihat dan mendengar sesuatu yang tidak disangkanya. Betul lah lelaki itu teman lelaki Faza, namanya Im dan dia dengar dengan jelas sekali perbualan mereka dan words I love you tu.. .

Tetapi..Apa hubungan Faza dengan komposer malam tadi? Juga tadi.. kemesraan  yang Faza dan ahli kumpulan ZeX-t  itu kelihatan lebih dari kawan biasa dan Im melihatnya tanpa rasa marah?Bukankah Faza kekasihnya? Atau adakah sebenarnya Faza tu memang begitu dengan semua lelaki? Apa sebenarnya ni?!! What's wrong with them all?

Tapi yang paling pelik what's wrong with herself? Dari tadi perkara yang tidak dapat dilupakannya adalah renungan dan jernih mata Im yang memandang padanya!!! Dia betul-betul dah senget.. 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'