Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 5 November 2014

Adora Cafe- Cendana 10



Dana merenung langit biru tanpa kepulan awan yang menghalangnya. Pagi sabtu yang cuacanya baik dan indah.Tidak akan hujan hari ini, petanda bagus tetapi entah kenapa dia mengharapkan hujan..

“Bagi saya, setiap kali hujan, masa berhenti”

Kenapa tidak masanya bersama Fai berhenti?  

Dana dipimpin oleh orang gaji dan juru make up ke meja solek.  Di situ dia dihias. Hari ini adalah harinya, mereka akan berbincang tentang masa depannya.. susur atur hidupnya telah ditentukan oleh ibunya. Dana melihat wajahnya di cermin. Cantik..


 “ Semua orang boleh lihat itu, jika mereka perhatikan dengan teliti, mereka akan lihat di sebalik patung cendana itu kan?"

Dia cuba tersenyum tetapi apa yang dilihatnya adalah satu senyuman yang kelat. Tiba-tiba salah seorang orang gaji nya  terjatuhkan bedak make up, mengotori karpetnya dan bajunya.  Dana terkejut dan pantas berdiri manakala gadis yang berusia 18 tahun itu pula serta-merta melutut, bersedia untuk dimarahi dan diherdik. Kebiasaan yang Dana lakukan pada mereka yang bekerja di sini.


“Even awak frustrated ngan life awak, tak perlu lepaskan kemarahan pada dunia ni kan? 

Dana tidak jadi marah.

Sebaliknya dengan tenang, menukar bajunya ke baju yang lain. Kemudian keluar dari kamar ke taman di belakang rumah. Di situ terdapat sebuah kolam ikan Koi dan dia perhatikan ikan-ikan yang berenang.

Kenapa? Kenapa setiap apa yang dilakukan, kata-kata Fai bermain di fikirannya? Dia tidak mampu buat apa-apa... dia...

Wajah Fai muncul di fikirannya dan serta-merta memorinya bersama Fai, saat dan waktu-waktu yang dia spend kan dengan Fai.. seolah-olah Fai berada di sisinya.  Kehidupannya tidak akan sama lagi... tidak sama.   Namun pilihan apa yang dia ada, kecuali ini?


Dia masuk  ke dalam rumah bila diarahkan untuk makan. Mamanya sudah berada di meja makan menantinya. Mereka menjamu selera bersama, tetapi Dana langsung tiada selera.

“ Do you gain more weight? I told you to watch what you eat..” rungut mamanya.
“ Emm...”
“ Don’t play with your food!” bebel mamanya bila lihat Dana hanya menguis-nguis stik di depannya, tanpa menjamahnya.  Pisau stik dan garfu, diletak ke tepi.
“ Emm...”
“ What is wrong with you!”
Dana membisu, wajahnya muram, tetapi itu tidak penting bagi mamanya.

“ If you keep making that face, those whom coming won’t like it! SMILE !”

Arahan mamanya bergema di ruang makan ini, tetapi Dana masih tidak senyum. Dia sudah lupa bagaimana hendak tersenyum, kali terakhir dia senyum adalah ketika bersama Fai, ketika menjadi dirinya sendiri. Bebas . Waktu itu dia mampu ketawa, dan tersenyum sepuas-puasnya.  

“  Untuk sementara, sampai awak rasa better,  saya boleh  mendengar semuanya or.. kemarahan awak.. apa-apa sahaja.  Since I'm the only one can see how you are not a doll.. “.”

Dia bencikan Fai membuatkan dia sedar siapa dirinya yang sebenar..

 “ Do I really want to be free? Do I really want these choices?”

Apa kebebasan baginya? Apa pilihan baginya? Dana memejam matanya, mungkinkah dia akan mendengar bisikan hatinya kali ini, seperti hari itu.. Tetapi tiada apa-apa dari hatinya, sebaliknya wajah Fai yang muncul di fikirannya. Wajah Fai yang sentiasa tersenyum dan ceria... 
“Fuuh... If you still blur, saya berikan awak satu tips..Just ask this, are you happy, truly happy? ”


Kemudian Dana tersedar sesuatu. Adakah kata-kata Fai yang membuatkan dia gembira? Atau kehadiran lelaki itu di sisinya, yang mengembirakannya?  Dana kini sedar yang hidupnya ini sebenarnya lebih gembira bila bersama Fai, tanpa Fai.. dia tidak akan..

“ I can’t smile in this house.”

Mamanya yang sedang makan berhenti. Wajah Dana ditatapnya.

“  Dana taknak mama atur hidup Dana lagi.”
“ Apa maksud Dana?”
“ Mulai hari ini,Dana akan buat pilihan sendiri, untuk masa depan Dana. “  

Dana mengesat gincu dan make up nya sehingga comot.  Mamanya hampir menjerit bila lihat kelakuan Dana itu, lebih-lebih lagi bila masa untuk berjumpa dengan keluarga Dato Yusof tak lama lagi,  dan Dana dalam keadaan mess.

“ Dana letih puaskan hati mama, papa dan orang –orang lain.  Dana letih mendengar rungutan dan kritikan dari semua orang .  Dana terlupa yang Dana juga ada hati dan perasaan dan Dana telah abaikannya selama ini, hingga jadi patung dalam rumah ini. Patung untuk mama! Apa yang Dana mahu adalah untuk menjadi diri sendiri... dan Dana sedar hanya dengan dia, Dana dapat lihat diri Dana seperti itu..... “

Dana bangun dan terus keluar . Dia perlu berjumpa Fai, ada sesuatu yang ingin dia cakapkan... sesuatu yang ingin dia beritahu selama ini.. pilihannya.. dia mahu Fai mendengarnya..berada disisinya, mendengar akan pilihannya...melihat kebebasannya.

Tapi langkah Dana terhenti bila tangannya dipegang mamanya, di tahan saat dia betul-betul sudah berada di luar pagar rumah, sedia untuk pergi.

“ Mana Dana nak pergi?Keluarga Dato Yusof akan datang tak lama lagi. ”
“ Dana taknak kahwin dengan anak mereka!!”
“ Apa kena dengan kamu ini Dana! Adakah ini semua disebabkan ‘dia’ yang kamu sebut tadi,. Siapa dia ni?!.”

Dana merentap tangannya dari mamanya.

“ Mama please, untuk pertama kalinya, Dana ingin tentukan kehidupan Dana sendiri.  Dana bukan lagi anak patung mama, biarlah Dana pilih siapa yang Dana ingin hidup bersama. “
“ Siapa 'dia' ni! ”

Dua buah kereta Mercedes hitam berhenti di depan rumah mereka. Seorang wanita cantik bersama  dua orang gajinya yang membawa hantaran makanan dan buah-buahan, beserta cincin risik, keluar dari salah sebuah kereta. 

“ Mereka dah sampai! Dana, masuk ke dalam dan kita bincang malam nanti.”
“ Tak mahu! Takde apa yang nak dibincangkan. Dana takkan berkahwin dengan pilihan mama.”
“ Dana!!”

Jeritan mamanya membuatkan semua yang berada di situ memandang ke arah mereka.

“ Dana sudah jatuh cinta, mama... Hati Dana sudah bebas memilih, Dana bukan lagi patung cendana rumah ini... Dana cintakan dia.. ” 

Vrooooommmmmmm...... sebuah motor Kawasaki R6 -600cc memecut laju dan terus berhenti di depan dua beranak ini. Penunggang yang memakai helmet penuh tutup muka, membuka cermin helmetnya, menunjukkan mukanya pada Dana dan mamanya.  Dana terkejut.. Fai?

Fai  menghulurkan tangannya pada Dana, mengajak Dana memboncengnya.  Sambil tersenyum Dana capai tangan Fai, naik ke atas motor. Tubuh Fai dipeluk dari belakang dan mereka berdua memecut meninggalkan rumah dan mama Dana yang terpinga-pinga. Semua drama itu disaksikan oleh seluruh keluarga Dato’ Yusof . 

Wanita yang cantik itu mendekati mama Dana bersama dengannya;  seorang lelaki yang berumur yang berjalan dengan tongkat.

“ Maafkan saya Dato.. anak saya tu...”

Dato' Yusof  tiba-tiba ketawa besar, isterinya turut tersenyum gembira. Mama Dana semakin hairan. 



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'