Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 16 Oktober 2014

Adora Cafe- My heart (Hatiku) Akhir




Hari ini hari terakhir Serafina di sini. Sepatutnya dia sedang bersiap- sedia untuk pulang ke universiti dan hanya akan kembali ke sini untuk cuti semester seterusnya, tetapi dia tidak lakukan semua itu. Dia sedang berada di Adora Cafe..

“ Kau bukan patut balik ke hari ni?” tegur Fai. 

Adora Cafe belum dibuka, lagi sejam baru akan dibuka dan mereka semua sedang mengemas, siap sedia untuk bisnes hari ini. 

“ Aku ambil last bas, petang, ada masa lagi.. “ kata Serafina dengan mata yang merenung pintu masuk.

Di tepi pintu, dua bagasi begnya sudah siap sedia berada di situ.  Fai beredar dari Serafina yang terus termenung, di tempat yang sama, waktu yang sama, menanti..sesuatu yang tidak pasti.

Dahulu, Serafina tidak pasti kenapa hatinya boleh berpaut pada Ary, Adakah sebab helah Ary untuk menghampirinya, memikat hati untuk dendam itu? Namun apabila dikenangkan,  hatinya sudah jadi milik Ary dari saat pertama dia melihat Ary. Di Kafe Adora, di sinilah dia bertemu Ary pertama kali, dan saat itu Ary sudah melangkah masuk ke hatinya, tanpa helah, tanpa lakukan apa-apa..  Degupan dan debaran hatinya saat itu, tak mungkin dia lupakan.. perasaan itu. 

Memang, tidak dinafikan,sepanjang berkenalan dengan Ary, nalurinya ada merasakan yang Ary merahsiakan sesuatu, tapi dia  tidak endahkan semua itu.. kerana..  walaupun Ary tidak banyak cakap, walaupun Ary bukan Ary, namun di sebalik jernih matanya, seringkali Serafina lihat sebuah kesunyian dan rindunya pada kehidupan ini. Seolah-olah dia ingin berada di sini, di sisinya, di sisi semua orang.

Dia tidak sedih bila Ary memberitahu kenyataan yang dirinya hanya dipergunakan.. Dia tidak sedih bila mengetahui siapa diri Ary sebenarnya.. namun, dia begitu sedih bila Ary ..


“  saya cintakan awak”

Mengatakan itu dan terus pergi meninggalkannya. Kenapa kata-kata dan luahan hati Ary yang selama ini dia nanti-nantikan, menjadi satu kesedihan setiap kali dia mengenangkannya? Hari itu.. kenapa kata-kata itu Serafina rasakan seolah-olah satu ucapan selamat tinggal?

Air mata Serafina mengalir, dia menutup mukanya dengan tangannya dan menangis teresak-esak.. Dia tidak pernah sesedih dan selemah ini.. Adakah hatinya akan berdegup tidak keruan lagi tanpa Ary di sini?


Fai ingin memujuk Serafina tetapi dihalang oleh Zarif. Im juga bersetuju yang belum tiba masanya untuk mereka memujuk Serafina.  Mereka yang tidak tahu apa-apa dan mungkin akan menyebabkan Serafina lebih sedih.

“ Kenapa dengan Sef tu, sejak seminggu, dia jadi camtu?“ tanya Fai begitu ambil berat Serafina yang dianggapnya sebagai adik sendiri. Gadis yang sentiasa ceria dan gagah ini, kini begitu lemah saat ini. Apa yang berlaku?

Tiada jawapan bagi soalannya. Mereka bertiga hanya mampu melihat dari jauh, seperti biasa kerana Serafina tidak ingin bercakap tentangnya dan tidak mau berkongsi dengan mereka. Hari-hari, di tempat duduk yang sama, Serafina merenung pintu seolah-olah menantikan seseorang. Dari pagi hingga Kafe ditutup, serafina akan jadi seperti itu, menangis, kemudian termenung . tiada apa yang boleh mereka lakukan selain mengharapkan kesedihan Seratina akan berlalu. 


“ Cinta, hanya ini yang dapat membuatkan seseorang kecewa seperti itu..” tiba-tiba Im bersuara seperti cendiakawan.
“  Cinta? Emm.... " balas Fai berfikir. 

“ Pasal Ary lak, sejak dia tak datang ni dah seminggu dah saya tak cukup tangan bos,regular customer pun asyik tanya pasal dia saya tak tahu nak jawab apa.. “ Fai tukar topik. 

Zarif yang sedang mengelap kaunter tidak mempedulikan Fai yang terus menerus membebel bak murai dicabut ekor.. Fikirannya jauh melamun. Seminggu lepas, malam itu, Ary muncul di depan pagar rumahnya,  berdepan sendirian dengan sekumpulan gangster yang cuba pecah masuk ke rumahnya. . Serafina dan ayahnya waktu itu tiada di rumah, cuma ada dia dan ibunya yang ketakutan.

“ Masuk ke dalam, kunci pintu,  “ 

Itu kata-kata terakhir yang Zarif dengar dari Ary. Walaupun ragu-ragu, Zarif ikut arahan Ary, pintu dikunci dari dalam, dan dari situ, dia mendengar kekecohan di luar sana. Bila keadaan reda, Zarif keluar dan lihat kesemua gangster itu terbaring dan cedera di jalan; serta Ary tiada di situ.


Adakah hanya Ary mengalahkan mereka semua? Tapi mustahil bukan sebab dia hanya seorang diri? Dan kenapa? Soalan-soalan itu bermain di mindanya hingga ke hari ini. Identiti Ary yang dia tidak ambil pusing kini menjadi persoalan, siapa Ary sebenarnya?.

“ Bos, bos dengar tak?!”
“ Huh? Ha.. dengar..  dengar..”
“ Jadi?”
“ Emm..pasal Ary dia .. dia bercuti lama..” bohong Zarif walaupun dia jua tidak tahu kenapa Ary menghilangkan diri tanpa berita.

“ Aku bagi cuti lama sebab...” Zarif memandang dart yang tercacak di no 100.

“ sebab aku kalah bet dart.. dia score 100!.” sambung Zarif tunjuk dart yang tercacak. 

Fai angguk, bulat-bulat kena tipu..walaupun Zarif tak bermaksud hendak menipunya, cuma buat masa ini, selagi Zarif tidak tahu hal sebenar, dia tidak mahu buat keputusan tentang Ary.


 “ Dah gi buat kerja...shuh..shuhh...”  

Fai beredar. Zarif memperhatikan Serafina yang masih termenung di tempat yang sama, sejak seminggu lalu, iaitu semenjak Ary pergi, adakah kedua benda ini berkait?

Bunyi loceng berbunyi lemah dan pintu dikuak perlahan..


“ Maafkan yer encik.. Kafe belum buka lagi.. “ kata Fai . 
Kesemua mereka kecuali Sefarina,  memandang  pada tetamu yang telah masuk itu.

“ Boleh saya berada di sini, bersama kamu semua, dari hari ini ?”  

Di depan mereka, Ary berdiri dalam keadaan cedera. Wajahnya kotor, lebam dan bengkak, tangan kirinya  tidak boleh digerakkan dan dia memegangnya dengan tangan kanannya. Darah pula masih mengalir dari kesan sebatan di tubuhnya, membasahi tshirt yang koyak-rabak dipakainya, sedikit sedikit menitis ke lantai yang baru sahaja Fai mop.

Mendengar suara itu, Serafina mendongak dan bila melihat Ary berada di depan pintu itu, dia bingkas bangun. Menghampiri Ary dengan tangannya digenggam menjadi penumbuk, sedia membelasah Ary. Tumbukan pertama adalah balasan sebab dia menipu dan mempermainkan nya,  tendangan pertama pula untuk balasan dia buatkan Serafina risau macam orang gila..itu fikir Serafina. Serafina berhenti di depan Ary.

“ Benci! Takde tempat aku nak pukul kau, bodoh.”  Kata Serafina merenung tubuh Ary yang cedera. 

Dia kembali menangis. Ary senyum, dengan tangan kanan yang masih berdaya, dia menarik Serafina dan meletakkan kepala Serafina ke bahu kanannya, kemudian dengan lembut,mengusap kepala Serafina, memujuknya.

 ‘Saya ingatkan awak akan tinggalkan saya selama-lamanya.. saya ingatkan awak ...” kata Serafina dalam esakan.
“ .. kan saya kata you will be the death of me..thats mean only you can ‘kill’ me.”balas Ary positif, tidak mahu Serafina bersedih kerana dirinya. Serafina diam. Dia memandang wajah Ary yang tak lekang senyumnya. Ary gembira, di sisinya.. Ary sentiasa kelihatan gembira, seperti hari ini. Dan dia berjanji akan mengembirakan Ary mulai hari ini. Serafina memeluk Ary.  


“  Terima kasih sebab mencuri hati saya..” kata Ary, membalas pelukan Serafina.

Kegembiraan dan kebahagiaan terpancar di wajah masing-masing.


~~~~~~

Im, Fai dan Zarif yang memerhati dan mendengar dari tadi, terkedu.

“ Ooo... jadi Ary tu teman lelaki Sef? Tak sangka yer, si tomboy dan Ary tu dalam diam-diam ..”

Fai akhirnya bersuara memecah kesunyian. Di sisi mereka, Zarif terhuyung-hayang, wajahnya naik pucat lesi.. seolah-olah mendapat berita yang mengejutkan.

“ Boss.. boss!?”  Fai  pantas menahan Zarif yang hampir terjatuh.
“ My baby sister, dah ada boyfriend....uwaaaaa...”  kata Zarif tidak percaya sambil geleng-geleng kepala.

Im terus ketawa. Fai jua. Zarif  yang merungut kini tersengih,  mengetahui yang ‘drama’nya tidak menjadi..  Mereka bertiga  tersenyum lebar sambil memandang pada Ary dan Serafina yang tidak mengendahkan mereka. Hanyut dalam buaian hati dan cinta mereka.

Nota kaki:

“ Kenapa tuan bebaskan Gale?’
“ Kerana hati.”
“ Hatiku sakit bila melihat kesedihannya dan penderitaannya, ..Tang,  tanpa sedar, hatiku telah  mengganggap dia sebagai anak sendiri, sejak dulu lagi.... takkan aku sanggup lihat dia terseksa sebegini?
Tang diam, mengerti.  Arahan tuan sudah disampaikan kepada semua, dan  Gale kini sudah bebas dari dunia kotor ini.

“ Gale sudah mati“ 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'