Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 9 Oktober 2014

Adora Cafe- My heart (Hatiku) 8



Seminggu.. Ary tidak lagi datang kerja sejak malam itu. No telefon yang diberinya pada Zarif pun tidak dapat dihubungi. Walaupun aku menunggu dengan setia di luar rumahnya, dia tidak pernah keluar dari situ. Dia menghilangkan dirinya, dari aku..Sengaja. 

Hatiku rasa pedih.. tapi aku gagahi juga untuk mencarinya, berdepan dengannya.. aku tidak mau kehilangannya tanpa penjelasan samada ini berlaku disebabkan kesalahanku. Malam itu, adakah kerana aku mencintainya, dia membenciku?

“ Saya ingin awak jatuh cinta pada saya..”


Apa sebenarnya yang Ary mahukan?  Dia ingin aku mencintainya, tetapi kenapa dia melarikan diri dariku, setelah hatiku mengikut kemahuannya? Pintu restaurant mewah itu akhirnya terbuka dan Ary keluar darinya.  Dia berpakaian serba hitam dan nampak sangat berlainan dari dia yang selalu ku lihat. Aku ekori langkahnya.

“ Nak hujan ni.. kuatnya angin..”

 Seorang remaja perempuan bercakap dengan kawannya. Mereka berdua bergegas ke perhentian bas. Aku renung langit yang kelihatan gelap. Aku tidak nafikan angin lebih kuat kali ini, seperti menanti ribut.  

Ary berhenti berjalan bila sampai di laluan yang tidak ramai orang. Dia berpaling padaku yang berada di belakangnya, mengetahui kehadiranku.

“ Jangan ikut aku lagi! Pergi berambus.!.” . 
Ary, dia merenungku benci. Kata-katanya jua tidak lagi sebaik dahulu,ia kasar, menyakitkan hati. 

“ Kenapa ? Tiba-tiba kau berubah.?”  
Aku kuatkan semangat, walaupun hati ini  terluka diarahkan pergi seperti binatang.

“Aku tak pernah berubah, ini diri aku. Kau je bodoh, tertipu.
" Ter..tipu?"
" Perempuan tak faham lagi ke? ..aku just nak  bahankan kau jer.. nak tengok tomboy cam kau ni cair ke tak, sebab semua perempuan aku dah test, tomboy je belum lagi.. "

Aku diam,semakin faham.

 " Kau tak  faham lagi ek? Meh aku cakap bebaik.. Boleh tak kau keluar dari hidup aku, Semak!"

Aku marah. Kata-katanya sudah melampau.

“ Siapa yang masuk dalam hidup siapa?! .Kau yang mulakan dulu, kau yang ucapkan kata-kata itu, kau yang masuk dalam hidup aku.. dan merosakkanya..!”

Ary tiba-tiba diam. 

“Fine, kau just mainkan aku...Tapi sekarang aku cintakan kau, hati ini.. jatuh cinta pada kau, jadi camne?"

Ary membisu, dia yang sebelum ini petah, kini hanya memandangku, mendengar kata-kataku tanpa sedikitpun berubah air mukanya.  Dia tidak rasa apa-apa..Kemudian aku sedar sesuatu...

“ Ahh... that heart. That poker game.. Aku ingat sekarang..Itu tentang aku kan? Hahahaha!"

Ary  tidak menafikannya. Mataku mula berkaca-kaca tetapi aku tidak akan menangis di depannya. Hatiku hancur, tetapi aku tidak akan benarkan ia berderai di depan Ary.

"Thanks for everything. Game ini sangat seronok. I really enjoyed it." kataku.

Sebaik sahaja aku berpaling, air mata yang mula bertakung mula curi-curi mengalir dan  demi menahannya, aku getap bibirku sekuat-kuatnya. Bila ku tarik nafas, bunyi hingus kedengaran sebak. Tetapi,  aku takkan menangis kerana dia. Pantas aku berlari meninggalkannya. 

Ary tidak berganjak dari tempatnya.Walaupun hujan mulai turun, dia masih di sana.  Bahunya dilanggar seorang lelaki botak berbadan sasa. Tampak disengajakan.

“ Buta ke?!” marah lelaki yang bertatu ular di lengan kanannya. Lima orang temannya mula keliling Ary. 

“ I’m not in the mood..” kata Ary memberi amaran .

Keenam-enam mereka ketawa besar. Tanpa banyak soal, Ary menendang perut si botak hingga dia tersungkur, kemudian dia menghentak muka lelaki di belah kirinya.  Bunyi tulang hidungnya yang patah menyebabkan lelaki itu menjerit. Ary senyum puas hati. Seterusnya, tanpa memberi mereka apa-apa peluang untuk mempertahankan diri, Ary terus menyerang mereka . Satu persatu dari mereka rebah ke bumi , mengerang dengan darah di muka dan tulang yang patah.

“ Gale!" 


 Ary berhenti bila namanya dipanggil. Dalam hujan yang lebat dengan ribut dan kilat yang memancar, Ary lihat seorang lelaki sedang berteduh di bawah payung, sedang memerhati dari
tadi.








' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'