Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 7 Oktober 2014

Adora Cafe- My heart (Hatiku) 6




Gale menanggalkan bajunya yang kotor dengan darah lalu dimasukkan ke dalam mesin basuh. Tubuhnya yang penuh dengan parut lama dan kecederaan baru ini dibelek-belek. Tidak teruk sangat, tidak akan menganggu pergerakannya. 

Dia mencuci lukanya kemudian membelek-belak wajahnya di depan cermin. Luka di bibirnya dijilat, pedih. Selama ini dia memang elak dari dicederakan di wajah,tidak mahu kecederaan yang jelas ini akan menarik perhatian. Namun sejak dua tiga hari ini, fikirannya sedikit kusut, terganggu, menyebabkan kecuaian ini. Dia masuk ke kamar mandi. 

Dan sebaik sahaja dia habis membersihkan dirinya, dia masuk ke bilik tidurnya yang hanya ada sebuah katil single, meja dan kerusi beserta satu papan dart di sebelah jam dinding. Gale melelapkan matanya.

Peraturan kedua:  Tidak percaya pada sesiapa melainkan diri sendiri.

X)X)X)X)X)X)

“ Kau pakai gincu ke?” tegur Fai.
“Mana ada!” balasku sedikit tersinggung. 

Memang aku tak pakai gincu, tapi aku letak lip balm, tapi tak sangka Fai perasan. Bibir aku kulum rapat. Fai masih tidak puas hati, ditatapnya aku lama-lama, kemudian setelah tidak dapat apa-apa, dia membiarkan aku sendirian, kembali membuat kerjanya. Dia pergi ke arah dua orang pelanggan wanita yang baru masuk dan membawa mereka ke tempat duduk yang kosong.

Perhatian aku alihkan pada Ary yang sibuk mengelap kaunter display di depan. Aku tahu dia perasan yang aku memandangnya tetapi dia sengaja tidak mempedulikan aku.  Aku tak mengerti kenapa dia macam ini,  sejak kami keluar bersama hari itu, setiap minggu bila dia cuti, dia dan aku akan luangkan masa bersama-sama. Kami akan bersama-sama lepak di taman, atau pantai, ke mana sahaja yang dia ingin bawakanku. Perbualan kami? Tiada apa-apa, Ary bukan seorang yang banyak bercerita, hanya aku seorang yang berkongsi segalanya, dia pula  hanya berada di sisiku, mendengar, tersenyum... 

Dan aku akui, banyak perubahan terhadap diriku sejak kehadirannya. Kira sudah sebulan lebih, kami seperti ini. Di luar, kami bertemu, dan di sini, dia tidak mengendahkan aku.  Membiarkan aku terus bersoal jawab sendirian, apa hubungan kami? Dia tidak pernah secara jujur mengatakannya.  Seperti permainan tarik tali di hati ini.

““ Sebab saya akan lagi jatuh cinta pada awak.. “

Cis,hanya satu ayat, tanpa sebarang penjelasan. Dia tidak pernah bercakap tentangnya lagi selepas hari itu.Dan aku? Aku terus menantikannya..

“ Adik, tolong potong ikatan-ikatan ini jap.” Zarif meletakkan beberapa kotak yang terikat, di depanku, kemudian kelam kabut, dia meninggalkan aku untuk melayan beberapa pelanggan yang masuk. Agak sibuk hari ini.

Aku capai pisau lipat yang turut diberinya. Sambil membelek kotak-kotak itu, aku mengagak ia mesti koleksi baru pinggan dan cawan antik kegemarannya. Ikatan cuba kuputuskan, tetapi dengan pisau lipat yang  kurang tajam itu, kerjaku menjadi sukar. Habis berbulu tali dikerjakan aku, tetapi tali masih tidak dapat diputuskan.

“ Bak sini..” Ary mengambil pisau dari tanganku. 

 Jemarinya tersentuh jariku, aku tersentak, dan pantas menyorok tanganku ke dalam kocek seluar. Ary memandangku, perasan akan tindakan ku itu. Kemudian, dia membelek bilah pisau lipat, seolah-olah mencari kalau-kalau ada bahagian yang masih tajam. Setelah menjumpainya, dia memutuskan semua ikatan dengan mudah.  Dia juga membuka setiap kotak dengan membelahnya lembut menggunakan pisau itu. Gayanya tepat, bersahaja dan sangat cepat, seolah-olah dia selesa dengan alatan di tangannya itu. Pisau dikembalikan padaku. Bibirnya terukir senyum yang sinis, sekali lagi mempersendaku.

.
“ Ary, sini!” panggil Fai. 

Ary mendekati Fai dan Zarif yang berada di kaunter display. Di situ satu papan dart digantung di dinding. Zarif yang beli untuk boring-boring katanya.

“ Bos kata jika salah seorang dari kita dapat score 100, orang itu akan dapat cuti 2 hari. It’s a bet." 
Fai menjelaskan tujuan dia mengajak Ary ke sini sambil membaling dart. Ia tercacak di score 50. 

“Oh... ” jawab Ary tidak berminat.
“ Tak nak cuba?” tanya Zarif.
" Saya tak reti." tolak Ary sambil geleng kepala.



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'