Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 2 Oktober 2014

Adora Cafe- My heart (Hatiku) 4





Gluk gluk gluk gluk.. dengan derasnya air kosong membasahi tekak aku yang terasa begitu kering , walaupun ini adalah gelas yang ke -5 aku teguk. Fai yang berdiri di sebelah aku, memandang dengan penuh takjub akan ketidakwanitaan aku hari ini. Lebih teruk dari biasa, mesti dia fikirkan begitu.. Tanpa mempedulikannya, aku perhatikan lelaki yang sedang leka dengan ipad nya.  Air ice green tea yang diordernya masih kaku tidak terusik di meja makannya. Apa yang dibuatnya sampai begitu terleka ? Tiba-tiba lelaki itu memandangku, aku bingkas mengalihkan pandanganku.


“ Kau nak air lagi ke?” tanya Fai,
“ Tak.. takpe.. t kalo Zarif balik beritahu dia aku singgah.. “ pesan aku sebelum keluar dari situ. Aku perlu freshkan minda aku, dari dia. Aku betul-betul dah tak betul.  Baik aku balik ke rumah, mandi basahkan kepala hotak ini.

Di belakang ku lelaki itu mengekori ku..aku berpaling.

“ Apsal ha? Nak cari gaduh ke?!” seraya penumbuk diacah padanya. Aku tak tahu kenapalah aku buat begini, memang perangai aku seteruk ni ke?

“ Rumah saya arah ini jua....” balasnya. Oh, aku lupalah dia adalah jiran baru aku.  Penumbuk diturunkan, dan aku meneruskan perjalanan aku, dengan aku didepannya.  Sambil berjalan aku mendengar langkah kakinya yang teratur perlahan, tidak segopoh aku. 

Honnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!

Tubuh aku ditarik lembut tetapi cukup pantas untuk mengelakkan aku dari dilanggar sebuah lori barang.  Aku memandang ipad yang hancur dilenyek tayar lori.

Dalam keadaan masih terpinga-pinga dan terngiang-ngiang bunyi hon di telingaku, aku mendongak dan melihat pada penyelamatku. Dia melepaskan pelukannya.

“ Sama-sama..” katanya  tahu yang aku tidak akan mengucapkan terima kasih. Dia meninggalkan aku, kembali menyambung perjalanannya. 

Bayu angin terasa bertiup ke tubuhku.. sama seperti hari pertama aku melihatnya, seolah-olah berbisik....

X0x0x0xx0x0x0

Gale memerhatikan jarinya, panjang dan tirus, tiada celanya, tiada kasarnya. Walaupun  zahirnya begitu sempurna, ia bukannya sesuci yang terlihat. Dia menyarung sarung tangan hitam , menyarung kemeja hitamnya, jaket hitamnya,  kemudian keluar dari rumahnya.

Peraturan pertama:  Setiap permintaan wajib diterima, tanpa soal.

X0x0x00x0

“ Yo, Terima kasih pasal semalam.” Tegur aku sebaik sahaja dia keluar, itupun setelah lebih kurang 2 jam aku tunggu di luar pagar rumahnya. Dia sedikit terkejut dengan kehadiranku, tetapi wajahnya kelihatan manis sentiasa.
“ It’s not Yo, it’s Ary.” Katanya.
“ Oh.. em.. okes..Sef..”  aku hulurkan tangan.  Dia menyambutnya lembut.
“ Sefarina.. “ katanya. Aku terkejut, dia tahu namaku?
“Camne kau tahu nama aku?”

Dia senyum sinis, seolah-olah mentertawakan soalan ku. Mengapa? Mengapa begitu?

Kemudian dia  meninggalkan aku. Adakah dia bencikan aku sebab hal-hal sebelum ini? Tak! itu takde kaitan,yang penting camne dia tahu nama aku? Senyuman sinisnya itu mencurigakan ku.

Aku ekorinya dan dia berpaling, sambil memandangku dia berjalan dengan dirinya mengadapku. Dia senyum sinis,..kenapa? Kemudian dia berpaling dan berjalan seperti biasa. Tadi, apa yang dia buat itu,  seolah-olah dia mahu aku mengekorinya, mahu membangkitkan kemarahan aku.. sengaja. Di wajahnya, terangan-terangan yang dia sengaja mempermainkan aku.

Aku mempercepatkan langkahku dan bila aku dapat mengejarnya, dirinya aku tahan.  Kemudian aku lepaskan sebuah tumbukan padanya, Kenapa aku lakukan itu, kerana aku rasa ada yang tidak kena. Memang aku sedikit baran, dan selalu memilih cara kasar ini untuk sesuatu jawapan..

Tapi pertimbangan aku silap, dengan senangnya dia mengelak serangan kejutan ini, malah dengan lembut dia  memegang tanganku, memusingkan tubuhkan lalu menjatuhkan aku dalam dakapannya.
Semuanya berlaku begitu mudah baginya dan sekilas pantas bagiku.Aku betul-betul terkaku. Ini kali pertama seseorang dapat menepis serangan aku!Aku yang selaku  instructor berpengalaman dan juara 3 tahun berturut-turut takewando. Berapa ramai lelaki yang aku pernah jatuhkan..tetapi lelaki ini,, dia..

“ Saya rasa awak patut kurangkan ganas awak tu, Serafina satu nama yang cantik, seperti awak.” dia melepaskan ku. Aku sukar percaya yang lelaki yang nampak begitu lemah ni lebih kuat dari aku. Ego aku tidak mungkin tercalar di sini.

“ Maksud kau, kau rasa aku tidak layak guna nama itu?!” aku serang lagi, dan dia mengelak sambil tertawa. Ia buatkan aku rasa egoku  tercalar, dia.. sengaja membangkitkan kemarahanku. Kenapa mesti dia menepis dan mengelakku dengan begitu gembira? Dia memperendahkan kemahiran ku kah?

“ Layak.. sangat layak.. awak tahu, lagi awak marah, awak nampak lebih cantik. Ini cukup bahaya..” Katanya sambil menepis dan mengelak seranganku yang tak berhenti, 

Kami seolah-olah dalam pertandingan akhir seni mempertahankan diri, menentukan kalah mati. Ia sesuatu yang serius, tetapi dia kelihatan seolah-olah sedang bermain, tanpa sedikitpun menyerangku. 

“ Bahaya? Kenapa?” kataku sebaik sahaja aku berhenti, sedikit mengah, diperlakukan seperti ini. Aku rasa seperti hari pertama belajar taekwando, dan dipermainkan oleh instuctor.

“ Sebab saya akan lagi jatuh cinta pada awak.. “

Wajah aku terasa kehangatan. .Lagi jatuh cinta? Lagi? Bila masa dia jatuh cinta padaku sebelum,  Adakah ini bermaksud dia sedang jatuh cinta padaku?

Aku pandang dia mahukan jawapan lebih lanjut, namun dia sudah tiada. Bila masa dia menghilangkan diri? aku langsung tidak perasan.

Dup dap..dup dap.. 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'