Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 21 Oktober 2014

Adora Cafe-Cendana (3)



Minggu ni sahaja dah 3 kali hujan pada waktu malam. Hujan lebat pula tu. Fikir Fai bulan depan dengan menggunakan duit gaji, dia akan sambar satu payung. Letih nak redah hujan je setiap malam. Kalau selalu begini, lemah antibodi badan dia nanti, siapa yang susah??. Ary juga yang kena jaga dia hehehe... Fai yang berkhayal di kaunter display, dikejutkan bila bahunya ditepuk-tepuk Zarif.

“ Hantarkan order ni pada mereka.”

Zarif tunjuk pada tiga orang gadis yang sedang berborak dengan meriah di satu sudut. Fai tarik muka bila melihat salah seorang antara mereka adalah Dana. Dengan berat hati dan menyampah, Fai bawakan juga dulang berisi kek cherry, banana pieaiskrim, dua chocolate shake dan secawan hot chocolate..

“  Last time you pergi Korea tu, you buat plastic surgery?’
“ Shh... beauty surgery..  tapi nampak natural kan?kan?”
“ Yerlah, tak nampak sangat yang you betulkan hidung tu..”
“Tapi untunglah kawan kita seorang ni dah cukup perfect , tak payah nak cantikkan diri lagi.. so jealous..”

Mereka berdua memandang Dana yang sedang menepek bedak pada mukanya bersih dan licin tanpa satu pun cela mahupun jerawat.Dana senyum simpul bila dipuji mereka.

Well, beauty runs in the family.. ..“
kata Dana bangga, sambil menyimpan cermin kosmetiknya ke dalam tas tangannya.

“ Tapi kan last week, I nampak gambar you kat magazine, macam fat skit.. “
“ Aha.. betul-betul.. .. “  sahut temannya yang chubby .
“ Yerker?”
Dana memicit pipinya dengan wajah kerut seribu, penuh kerisauan.

“ Yerlah..lepas tu kulit you pun cam dah kurang glowing, you better watch what you eat dear..”
“ And your make up too... Today, kurang umpphh tak cam selalu... you tukar lipstick ker?”
“ Aha..i like this colour..” kata Dana.
Dear, it’s not suit with you. “

Dana mengeluarkan cermin kosmetiknya dan membelek wajahnya.  Memang apa yang kawan-kawannya katakan itu betul. Wajahnya tiba-tiba  nampak kelam dan berbanding tadi, cepatnya?.. .. berat idealnya 45kg, tapi masih belum cukup rupanya,  nampaknya dia kena turunkan lagi.

“ Hey, waiter!” 
Dana sambil petik jari, memanggil Fai yang baru nak beredar setelah meletakkan order mereka di a atas meja. Dengan jari telunjuk yang digerakkan, dia mengarah Fai datang kepadanya.

“ Yer?”
“  Change this..  bring me hot green tea.” 
Kata Dana menunjukkan hot chocolate yang tidak disentuhnya.  Fai mengangguk dan mengambil kembali hot chocolate untuk dibawa tukar.

Petikan jari yang annoying itu berbunyi sebelum sempat Fai beredar jauh. Fai berpaling dengan air muka yang sudah berubah.

Take this too.. ”  
Piring kek ditolak ke tepi.

~~~~~~~~~~~~~~~


“ Apa yang kau tengok tu?” 
Fai dari tadi memerhatikan Dana dan rakan-rakannya.

“ Brainwash..”
‘Huh?”
“ Perempuan macam tu entah berapa kali dibrainwashkan..Setiap pendapatnya, ideologinya, dirinya, semuanya ditulis kembali oleh orang sekelilingnya.. “
“ Huh?”
“ Kau takkan faham sebab kau tak pernah hidup macam tu..”
“ Jadi, kau pernah hidup ke camtu?”
Fai pandang Ary. Wajah Fai jadi serius.

 “ Tak..” Fai sengih melebar .
“ Ceit..”

Perbualan mereka terganggu bila seorang  customer perempuan yang baru masuk terlanggar Dana yang hendak keluar. Tas tangan Dana terjatuh ke lantai.

“ Maaf..” 
Perempuan yang berusia awal 30-an cepat-cepat mengutip kembali tas tangan Dana. Dia menghulurnya pada Dana yang merenungnya. 

“ Maaf?” soal Dana, tidak berpuas hati.

Rakan-rakannya yang disisi berganjak jauh, mereka tahu wajah Dana yang berubah, bermaksud sesuatu akan berlaku.   Dana memang tidak boleh orang lain  menyentuh barangnya, inikan pula wanita itu telah melanggar Dana dan menjatuhkan tas tangan Dana yang baru dibelinya dari Milan minggu lepas.  

Dana naik berang. Perempuan ini tidak tahu kah siapa dia? Berani melanggar dia, menganggunya, dan membuatkan barangnya jatuh ke lantai yang kotor. Tidak tahu ke berapa ribu harga beg ini, berapa bernilainya tubuhnya berbanding wanita ini?  Dan perempuan ini berani menghalang dan menganggu harinya.. Dana angkat tangan hendak menampar wanita yang masih terpinga-pinga itu.


Rakan-rakannya yang memerhati senyum sinis, menyokong dari jauh..sudah biasa dengan scene ini.  wanita ini memang malang hari ini bertemu Dana.

“ Benda remeh jer kan? “ 

Belum sempat tapak tangan Dana hinggap ke pipi wanita itu, tangannya dipegang dan dihalang oleh Fai.  Rakan-rakan Dana terkejut, malah Zarif dan Ary yang melihat dari tadi,  dari kaunter display jua tergamam. 

“ Dia sudah minta maaf dan bukannya sengaja.” Sambung Fai masih tidak lepaskan tangan Dana.

Zarif telan air liur,  cuak dan berfikir apa tindakan Dana seterusnya. Memang banyak kali scene Dana mengamuk tak tentu pasal dan menampar orang sesuka hati disebabkan hal-hal remeh berlaku dan kerap kali ia berlaku di sini..Dana seorang perengus dan sebabkan itu,  mereka sehabis baik melayan dan memastikan Dana keluar cepat-cepat tanpa berlaku apa-apa terhadap customer lain, atau mereka.

Hakikatnya memang mereka semua memang tak berapa menyenangi  Dana, terutama Fai yang kerap merungut tentang ini. Tetapi Fai tidak pernah masuk campur.  Nampaknya kesabaran Fai ada tahapnya, Zarif tidak sangka yang hari ini,  Fai akan ambil tindakannya sendiri.

Wanita itu menyerahkan tas tangan pada salah seorang rakan Dana, kemudian cepat-cepat beredar dari suasana tegang ini, sambil diperhatikan oleh ekor mata Dana yang masih tersimpan rasa tidak puas hati.

“Even awak frustrated ngan life awak, tak perlu lepaskan kemarahan pada dunia ni kan? ”
Air muka Dana berubah.
“ Lepaskan tangan I.” 
“ Ahh.. sorry.. sorry...” 

Fai baru perasan yang dia masih memegang tangan Dana. Tangan Dana dilepaskannya dan sekelip mata, tangan itu naik  menampar pipi Fai. Berdengung telinga Fai seketika.

“ Don’t talk like you know me. .” 

Dana dan rakan-rakannya keluar dari Kafe Adora. Tas tangan yang dikembalikan itu, Dana campak ke dalam tong sampah.


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'