Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 14 Januari 2013

Berikan Kujawapan 38



Naik sejuk wajah Mek Jah bila Kenny terpancul depan rumah sambil mendukung Alisya yang tidak sedarkan diri.

" Ya Allah! Kenapa dengan Alisya ni?"  teriak Mek Jah. 

Cepa-cepat Mek Jah mendekati mereka.

" Kenapa boleh jadi begini? "

Menyedari situasi yang tidak membenarkan mereka bersoal jawab secara tenang di sini,  Mek Jah mengarahkan Kenny membawa Alisya ke bilik tidurnya.

" Kenapa dengan Alisya ni? Apa yang terjadi?" soal Mek Jah sambil memerhatikan Kenny meletakkan Alisya ke atas katil. Mek Jah duduk di tepi katil,mengusap-usap kepala Alisya, risau melihat anak yang dijaganya seperti anak sendiri ini, tidak sedarkan diri. Nama Alisya dipanggilnya berulang kali cuba mengejutkannya.  

" A… Alisya… dia jatuh pokok tadi makcik." gagap Kenny menjawab. Dia masih lagi terkejut dan terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Segalanya berlaku begitu pantas dan semuanya berpunca dari dirinya yang terus menerus memaksa Alisya. Difikirkan balik dia tiada sebab untuk suspicious terhadap Alisya.Boleh jadi disebabkan terlalu risau pada Neal,  dia ertindak melulu dan menuduh Alisya bukan-bukan. Serta merta, Kenny rasa bersalah dan bertanggungjawab terhadap kesilapan ini. 

"Urghh…" kedengaran erangan perlahan dari Alisya. Mereka berdua memandang Alisya yang separa sedar. Matanya masih lagi terpejam namun mulutnya kelihat berkumat kamit. Dahinya berkerut-kerut, mungkin mulai merasai kesakitan di tubuhnya.

" Alisya!"
" Doktor… doktor.. klinik, mana klinik terdekat? "  bicara Kenny sendirian, baru teringat perkara penting itu . Matanya melilau mencari telefon. 
"Tak perlukan doktor."  larang Mek Jah tiba-tiba. 
" Tapi, kita kena suruh doktor check juga Alisya ni, kot-kot ada apa-apa .."
" Tak perlu!" potong Mek Jah dengan nada suara yang keras.
" Alisya tidak cedera di mana-mana, taulah makcik menjaganya. "  sambungnya lagi.


" Baik kamu balik. Alisya dah tak apa-apa lagi."

" Tapi.."


" Kamu balik!" arah Mek Jah lagi. Kali ini Mek Jah menjengil seolah-olah marah padanya. 

Kenny diam. Nak tak nak terpaksa akur, walaupun dia  tidak mengerti perubahan sikap Mek Jah yang mendadak itu. 

Dengan rasa berbelah bahagi, Kenny keluar dari bilik.  Ikutkan hatinya, dia ingin sahaja bangkang;  tunggu sampai Alisya sedar dan panggil  doktor kampung ini untuk check Alisya ok ke tak? lepas tu, yang paling penting dia ingin minta maaf pada Alisya terhadap tuduhan-tuduhannya yang tidak berasas tadi. 

Namun situasi tegang tadi mengubah niat itu Dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan tadi .

Mungkinkah  Mek Jah marah dan menyalahkan dirinya yang menyebabkan kecelakaan ini pada Alisya? Jika begitu, Kenny tidak berhak duduk di sini lama-lama. memang dia bersalah, 100%. Dia sedar itu. Kalaulah dia tidak desak-desak Alisya, Alisya takkan marah dan kehilangan keseimbangan badannya. Dia akan tunggu sehingga reda kemarahan Mek Jah dan datang kembali untuk menerangkan keadaan yang sebenarnya dan meminta maaf dari Alisya.

Langkah Kenny terhenti bila perhatiannya tertarik pada sebuah bilik yang terselak pintunya; tidak jauh dari bilik Alisya.

Naluri ingin tahu membuatkan dia menjenguk ke dalam. Menyirap darahnya melihat apa yang tersembunyi di dalam bilik itu.


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'